Hai.. Assalamualaikum, perkongsian saya kali ni sedikit panjang ya hehehe.. OK tanpa buang masa, lesgoo..
Sebenarnya psikologi di antara lelaki dan perempuan adalah berbeza.. Bermula daripada cara berfikir, cara bercakap, dan cara mencari barang semuanya adalah sangat berbeza.
Menurut perkongsian artikel “Science of people” mengatakan bahawa,
Orang perempuan selalu melakukan perbuatan berlawanan dengan perkara yang mereka katakan dari mulut mereka.
Sebagai contoh, jika orang perempuan lapar, mereka akan bagitahu mereka kenyang kepada orang lelaki.. Sebenarnya mereka mahu orang lelaki faham bahawa mereka sedang lapar.
Orang lelaki pula mempunyai karakter lurus bendul dan hanya mampu fokus kepada satu perkara sahaja.
Jika perempuan cakap perkataan “Kenyang”, lelaki akan beranggapan dan faham bahawa perempuan tersebut “memang betul-betul kenyang.”
Jadi mereka tidak akan bertindak dan bertingkahlaku seolah-olah seperti tiada apa-apa yang terjadi... Lelaki adalah lelaki, ianya tidak boleh diubah.
Medan penglihatan orang perempuan adalah berbentuk luas dan lebar, sebut lah barang sekecil mana pun, pasti mereka akan jumpa.
Sebut lah secara spesifik seperti stokin warna apa, letak di almari mana, pasti mereka akan jumpa.
Nak lihat contoh mudah, lihat lah ibu kita di rumah... Jika kita cari barang dan tidak jumpa, pasti ibu kita akan membebel..
“Kau cari dulu barang kau sampai jumpa, kalau mak jumpa barang kau, siap kau nanti.”
Tidak dapat dinafikan, otak orang perempuan seperti google drive.. Selagi mana boleh dimasukkan memori, mereka akan mampu untuk hadam dan ingat.
Nampak seperti kelakar, tetapi itu memang kelebihan orang perempuan...
Sebab itu benda yang rumit seperti tarikh, warna baju, dan cuaca sesuatu peristiwa mudah untuk diingat oleh perempuan.
Berbeza pula dengan lelaki, medan penglihatan mereka pula berbentuk seperti “lorong”.
Kalau mereka mencari sos cili life di dalam peti ais,
Mereka akan membelek sos cili dan mencari perkataan L-I-F-E sehingga jumpa.. Saya ulang sekali lagi, medan penglihatan orang lelaki adalah seperti lorong, bukannya jenis terbentang luas.
Orang lelaki juga hanya boleh fokus pada satu perkara dan sedikit sukar untuk multitasking sehingga mereka boleh terlupa kepada sesuatu perkara kerana terlalu fokus kepada satu perkara yang sangat penting.
Fahami lah lelaki, mereka sebenarnya bukan buat-buat lupa.. Tetapi mereka memang betul-betul pelupa, lelaki tak berlakon weh... Hahaha
Orang perempuan lebih mudah menunjukkan ekspresi emosi mereka berbanding orang lelaki.
Lihat lah ibu kita, mereka sentiasa memberikan kasih sayang yang tidak pernah henti sejak kita kecil... Sentiasa menunjukkan tindakan untuk mewujudkan rasa selesa anak-anak terhadap ibu bapa.
Manakala bapa pula bersikap pendiam pada sesetengah masa.. Tidak bercakap banyak, tetapi jauh di lubuk hati perasaan sayang terhadap anak-anak itu kuat..
Bapa menunjukkan emosi sayang dengan bekerja tanpa henti, berusaha mencari nafkah untuk memastikan anak-anaknya sentiasa bahagia dan gembira.
Walaubagaimanapun, perkara ini hanyalah berdasarkan pengalaman dan perkongsian artikel sahaja.
Setiap jantina mempunyai kelebihan tersendiri dan juga saling melengkapi.
Orang lelaki memerlukan kekuatan orang perempuan dari segi ketelitian dan daya ingatan mereka...
Begitulah sebaliknya, orang perempuan memerlukan lelaki untuk bergantung kepada kudrat tenaga mereka dan ketenangan mereka di dalam menyelesaikan masalah.
“Tiada jantina yang lemah, kerana keduanya saling melengkapi.”
Post ini hanya sekadar bacaan ilmiah sahaja, tiada bias terhadap jantina lelaki mahupun perempuan.. Maaf dipinta jika ada yang tersinggung...
Terima kasih sudi baca sampai habis?
Lots of Love - scarlet ?
Sumber: Facebook

Last edited by a moderator: