Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa saya dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Nyawa dan badan saya serahkan
(Pantun oleh @Aiman )
? Assalamualaikum dan salam sejahtera saudara nusantaraku yang tercinta ?
Sugeng rawuh thread kulo
Orang Jawa daripada segi luarannya, berkulit sawo matang dan berbadan sederhana. Etnik Jawa ialah sebahagian daripada ras Melayu yang dah lama ada di Malaysia. ?️
Sekarang, penempatan orang Jawa lebih kepada bahagian barat Semenanjung Malaysia lebih-lebih lagi di barat Johor, Selangor dan Perak. Katanya, kawasan yang awal ditempati adalah di kawasan Padang, Parit Jawa, Muar. ??
Orang Jawa migrasi ke Tanah Melayu awal kurun ke-20 untuk kerja ladang getah dan kopi serta lombong bijih timah. Kehadiran mereka di Tanah Melayu selain kerja ladang ialah faktor ekonomi, politik dan sosial.
Kebanyakan imigran Jawa yang datang ke Tanah Melayu asalnya dari beberapa buah daerah Jawa macam Madiun, Ponorogo, Kudrejo, Lebumin, Demek dan Magelan. ?
Banyak adat dan budaya tak dibawa ke Malaysia sewaktu migrasi. Bila Malaysia semakin maju dan Islam semakin berkembang, banyak adat ditolak. ? Salah satu beza Jawa Malaysia dan Jawa Indonesia ialah pakaian. ? Kalau tengok, orang Jawa Indonesia ada pakaian dipanggil Jawi Jangkep. ??Pakaian ni khususnya dipakai sebagai pakaian adat untuk daerah Jawa Tengah. Macam juga kebaya, selalu dipakai wanita, ???? Jawi Jangkep ini pula khas untuk lelaki. ????? Penutup kepala atau blangkon dikatakan lambang bermaksud lelaki Jawa mestilah berfikiran tetap dan tak mudah berbolak-balik. ?
Anda pasti pernah dengar nama Jawa macam Suparjo, Masjoyo dan Toliban untuk lelaki dan nama macam Shima, Dewi dan Dian untuk perempuan. ?Sekarang, penempatan orang Jawa lebih kepada bahagian barat Semenanjung Malaysia lebih-lebih lagi di barat Johor, Selangor dan Perak. Katanya, kawasan yang awal ditempati adalah di kawasan Padang, Parit Jawa, Muar. ??
Orang Jawa migrasi ke Tanah Melayu awal kurun ke-20 untuk kerja ladang getah dan kopi serta lombong bijih timah. Kehadiran mereka di Tanah Melayu selain kerja ladang ialah faktor ekonomi, politik dan sosial.
Kebanyakan imigran Jawa yang datang ke Tanah Melayu asalnya dari beberapa buah daerah Jawa macam Madiun, Ponorogo, Kudrejo, Lebumin, Demek dan Magelan. ?
Banyak adat dan budaya tak dibawa ke Malaysia sewaktu migrasi. Bila Malaysia semakin maju dan Islam semakin berkembang, banyak adat ditolak. ? Salah satu beza Jawa Malaysia dan Jawa Indonesia ialah pakaian. ? Kalau tengok, orang Jawa Indonesia ada pakaian dipanggil Jawi Jangkep. ??Pakaian ni khususnya dipakai sebagai pakaian adat untuk daerah Jawa Tengah. Macam juga kebaya, selalu dipakai wanita, ???? Jawi Jangkep ini pula khas untuk lelaki. ????? Penutup kepala atau blangkon dikatakan lambang bermaksud lelaki Jawa mestilah berfikiran tetap dan tak mudah berbolak-balik. ?
Aku Jawa kamu Melayu
Kamu kucinta ingin kuikat
Jika aku rindu kamu
Hanya fotomu yang kulihat-lihat
(Pantun oleh @ZUL )
Kamu kucinta ingin kuikat
Jika aku rindu kamu
Hanya fotomu yang kulihat-lihat
(Pantun oleh @ZUL )
Tak lupa juga melalui salah satu siri projek teka-teki ala CTF yang dinamakan Projek Pecah Kepala ? yang dikepalai dan dibikin oleh @oyayo iaitu siri yang ketiga, beliau telah membuat teka-teki dalam bentuk tulisan Jawa. Jika anda merupakan seorang Jawa yang berasal dari Indonesia dan boleh membaca tulisan tersebut, dipersilakan lihat dan mungkin boleh cuba menjawab teka-teki tersebut.
Ini threadnya: [Closed Event] PROJEK PECAH OTAK (PPO3) : RAMUAN RAHSIA oleh @oyayo
Thread Jawapan:
1. [SOLUTIONS] PPO3: RAMUAN RAHSIA oleh @lu21n
2. EXPLORE PROJEK PECAH OTAK - RAMUAN BIASA (cabaran sendiri untuk cuba, just for fun) oleh @tengkuganas
Thread Jawapan:
1. [SOLUTIONS] PPO3: RAMUAN RAHSIA oleh @lu21n
2. EXPLORE PROJEK PECAH OTAK - RAMUAN BIASA (cabaran sendiri untuk cuba, just for fun) oleh @tengkuganas
P/S: Ketiga-tiga pantun yang menyebut perkataan Jawa ini diambil daripada satu thread pertandingan pantun yang diadakan oleh DJ @Jen : [Edisi 1] Mari Berpantun
Sekian sahaja thread daripada saya. Salam nusantara ?
Perahu diikat di tiang titi
Pelaut Jawa membeli manggis
Mulutku diam tertambat hati
Di dalam jiwa sengsara menangis
(Pantun oleh @Aduka )