Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga komuniti DFM dan seluruh rakyat Malaysia
Alhamdulillah. Majlis Bacaan Yasin DFM sebanyak dua minggu sekali (kadang-kadang sebulan sekali) berjalan dengan lancar walaupun kekangan masa dalam kalangan komuniti DJ sendiri. Kami tetap berusaha untuk beri komitmen terhadap warga DFM kerana tugas kami untuk menghiburkan anda dan dalam masa yang sama menjadi 'suara' kepada anda semua.

لَا يَقْعُدُ قَوْمٌ يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا حَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَنَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ وَذَكَرَهُمُ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ
“Tidaklah suatu kaum duduk berdzikir kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala kecuali akan dinaungi oleh para Malaikat, diliputi rahmat dan akan turun kepada mereka ketenangan. Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala menyebutkan mereka di hadapan para makhlukNya yang ada di sisiNya.”
Terima kasih yang tiada tolok bandingnya kerana setia bersama kami dalam melancarkan program ini.
Sehubungan itu, pihak pengurusan DragonForce Malaysia ingin mengajak dan menjemput semua warga komuniti DFM dan rakyat Malaysia untuk sama-sama menyertai pula Majlis Bacaan Yasin Ambang Tahun Baru 2022 yang akan dianjurkan secara atas talian.
Maka, carilah sedikit ruang dan peluang bagi menghadirkan diri ke majlis ini.
Insya-Allah, jika tiada aral melintang.
Butiran adalah seperti berikut:
Program | Majlis Bacaan Surah Yaasin DFM |
---|---|
Tarikh | 31 Disember 2021 |
Waktu | Selepas waktu Isyak (9.00 malam) |
Platform | Telegram |
Pengelola | Barisan FM DJ |
Pautan Program |
Dengan rendah hati, kami berharap agar usaha ini diterima oleh Allah. Akhir kalam, segala yang baik datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada kami sendiri.
Sekian, assalamualaikum.
Sekian, assalamualaikum.
"Perbaharui niat kita. Jadikan ini sebagai ibadat, dan bukan satu adat."