Welcome!

By registering with us, you'll be able to discuss, share and private message with other members of our community.

SignUp Now!

Announcement Pengenalan Kepada DragonCoins dan DragonShop

DFM Staff Announcement Prefix
Status
Not open for further replies.

UlatKomputer

Memerhati Gerak Geri Anda
DragonForce Malaysia
Joined
Jun 11, 2021
Messages
339
Reaction score
5,826
DragonCoin
3,047,958.00
Dota 2
White House
Villa DFM
Rolls-Royce Boat-Tail
header.png

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pihak DragonForce Malaysia berbesar hati untuk mengumumkan fungsi terbaru di dalam forum iaitu DragonCoins (DC) dan DragonShop. Serba sedikit pengenalan mengenai DragonCoins (DC).

1.0 DragonCoins (DC)

DragonCoins
merupakan satu matawang virtual di dalam forum bagi tujuan jual dan beli melalui DragonShop. DragonCoins boleh didapati melalui:

Hadiah Birthday: 2,000 DC
Permulaan Bagi User Baharu: 100 DC
Membuat Thread Baharu: 100 DC
Membuat Report: 50 DC
Membuat Balasan Thread: 10 DC
Membaca Thread: 5 DC (TEMPORARY DISABLED)
Memberi Reaction: 5 DC

1.1 DragonCoins (DC) Bank

DragonCoins (DC) Bank ialah tempat penyimpanan DragonCoins. Anda boleh melakukan withdraw dan deposit melalui bank ini. Setiap DC yang diletakkan di dalam bank akan menerima faedah sebanyak 2.5% sehari.

Sebagai contoh, jika anda menyimpan 100,000 DC, anda akan menerima 2,500 DC sehari dengan formula asas.

Fungsi-fungsi lain akan diperkenalkan secara berperingkat pada masa hadapan.


2.0 DragonShop

DragonShop merupakan sebuah tempat untuk jual dan beli barangan virtual di dalam forum dengan menggunakan DC.

Antara barangan yang boleh dijual beli ialah:

Transportation
• Property
• Pets
• Gadget
• Profile

• Video Game
• Operating System
• Forum Access
• Kuih Raya


Barangan ini akan dikemaskini secara berperingkat.

2.1 Inventory

Inventory
merupakan sebuah tempat untuk anda melihat senarai barangan yang telah anda beli di DragonShop.

2.2 Trading

Trading merupakan sebuah tempat untuk berniaga sesama ahli forum bagi barangan yang telah dibeli melalui DragonShop.

Sebagai contoh, saya ingin berniaga bersama dengan @PisauCukur dengan menukarkan Perodua Kancil milik saya dengan Lamborghini Sian milik @PisauCukur. Jika anda tidak berniat untuk melakukan sistem barter ini, anda boleh membeli barangan tersebut melalui DC melaui trading. Apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk melakukan trading, maka transaksi sah akan berlaku.


2.2 Cabutan Bertuah

Pihak DragonForce Malaysia menjalankan sebuah event cabutan bertuah setiap hari untuk semua forumer. Untuk menyertai cabutan bertuah ini, anda perlulah membeli tiket yang berharga 50 DC sekeping. Di dalam tiket itu, anda perlulah memilih 7 nombor. Jika nombor anda bertuah, anda akan memenangi 25,000 DC. Cabutan bertuah ini akan diadakan setiap hari. Cabutan bertuah ini dilaksanakan secara automatik oleh sistem.

Pada masa hadapan, kami akan menjalankan sebuah event cabutan bertuah setiap minggu dan bulanan yang akan menawarkan hadiah yang lebih lumayan.

2.3 Steal

Steal merupakan satu fungsi untuk anda mencuri DC daripada forumer. Kebarangkalian untuk anda berjaya mencuri ialah sebanyak 5%. Jika anda berjaya mencuri, anda akan menerima 5% DC daripada orang yang anda curi. Jika anda tidak berjaya mencuri, anda akan didenda sebanyak 1% daripada DC anda.

Sebagai contoh, @PisauCukur mempunyai sebanyak 100,000 DC manakala saya mempunyai 500,000 DC. Saya berniat untuk mencuri daripada @PisauCukur . Jika curian saya ini berjaya, maka saya akan menerima 5,000 DC. Akan tetapi, jika saya tidak berjaya untuk mencuri, 1% daripada DC saya yang bernilai 5,000 DC akan hilang.



Kami akan memperkemaskini fungsi-fungsi ini secara berperingkat melalui thread ini pada masa hadapan. Untuk cadangan dan maklum balas, anda boleh kemukakan di thread ini.


UPDATE 1.0 : Buat masa ini, kami menutup sementara ganjaran 5 DC melalui membaca thread bagi mengelakkan heavy traffic pada server
UPDATE 1.1 : Kami telah enablekan ganjaran 5 DC melalui pembacaan thread. Minimum amaun yang perlu ada dalam wallet untuk 'steal' adalah 200DC
 
Last edited by a moderator:

mattajb

HQ Member
DragonForce Malaysia
Joined
Jun 4, 2021
Messages
3,791
Reaction score
21,679
DragonCoin
8,127,869.00
Sarang Naga
Frost Dragon
Fire Red Dragon
Ancient Dragon
Black Dragon
UPDATE 1.2 : Item telah ditambah (Profile, Video Game, Operating System, Kuih Raya).

• Profile: VIP Member (Naik Taraf Akaun) untuk memberi kelebihan akses kepada Blackhat Zone kini telah diaktifkan kepada satu pembelian. Jangka masa VIP Member adalah selama 3 bulan setiap satu pembelian dari tarikh anda membelinya.

• Bank: Interest % (Faedah) dari Bank telah diturunkan kepada nilai 2.5% daripada 5%. Sila rujuk thread di atas untuk maklumat lanjut berkaitan faedah DC Bank.
 
Last edited:
Status
Not open for further replies.
Top