Maicrosoft pun buat u-turn..
Microsoft sedia mengacah pengumuman generasi baharu sistem operasi Windows mereka tidak lama lagi – dimana spekulasi mengatakan kemungkinan
Windows 11 diumumkan pada acara yang dijadualkan pada penghujung Jun ini.
Selari dengannya, kini Microsoft telah
mengemaskini halaman sokongan, dan mengatakan sokongan untuk
Windows 10 Home dan
Windows 10 Pro akan ditamatkan pada
Oktober 2025 kelak.
Dengan pengumuman ini, ia sekaligus memperlihatkan Microsoft akan memperkenalkan sistem operasi generasi baharu yang menggantikan Windows 10.
Selepas 2025, tiada lagi kemaskini sekuriit yang akan ditawarkan untuk Windows 10 – sekaligus akan memerlukan orang ramai beralih ke sistem operasi generasi baharu.
Windows 10 sebelum ini telah diperkenalkan pada 2015 yang lepas, dan ini bermakna sistem operasi ini telah disokong oleh Microsoft untuk tempoh 10 tahun lamanya.
c/p: amanz.my